Tular video Hairul Azreen tembak tanpa permit

Lepas kes Datuk Farid Kamil, kini pelakon Hairul Azreen pula yang dipanggil ke Balai Polis untuk memberikan keterangan berkaitan video di Youtube yang tular baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Hairul Azreen hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah  Perak Tengah di Seri Iskandar 2.05 petang hari ini untuk memberikan keterangan kes melepaskan tembakan tanpa lesen di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

 

Ketika ditemui Hairul enggan memberikan sebarang komen dan mahu menunggu selepas keterangannya diambil oleh pihak polis terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

“Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

“Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya,”

Katanya, ia selepas video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu melepaskan dua das tembakan ke udara tular di Youtube sejak beberapa hari lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro & Youtube Kumpulan Video Viral

Leave a Reply