Sebab kenapa fasa peralihan tadika ke darjah satu sangat mencabar

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke dua persekolahan, anak anda masih meragam nak ke sekolah ke? Bagi ibu-bapa yang sedang menghadapi cabaran menguruskan anak-anak terutama yang baru masuk alam sekolah rendah , ini sebab-sebab kenapa peralihan fasa darjah satu jadi sangat mencabar buat mereka.

1. Jadual yang padat

Waktu persekolahan lebih panjang berbanding di tadika. Bagi yang bersekolah sesi pagi, sesi persekolahan tamat jam 1.30 tengah hari, lepastu anda hantar pula untuk aktiviti tambahan lain sampai ke petang. Yelah, siapa tak nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Fuh kalau macam ni 5 hari seminggu, bukan je fizikal, mental pon penat tau.

2. Perlukan lebih tenaga

Nak tau kenapa Menteri Kesihatan sarankan pengambilan nutrisi kanak-kanak sekolah rendah perlu ada peningkatan sehingga 400-450 kcal daripada waktu mereka di tadika? Mata pelajaran pelajar darjah satu lebih serius dan mereka perlu lebih fokus di dalam kelas. Tu belum masuk bab main kejar-kejar waktu rehat dengan kawan lagi … faham-faham lah budak darjah satu he he.

3. Belajar berdikari

Macam mana anda rasa dah cukup besar sebab ada duit belanja sendiri beli karipap dekat kantin sekolah, macam tu jugakla anak anda alami sekarang. Jadi semangat dia lain macam sikit, bunyi je loceng waktu rehat, masing-masing berebut nak beli makanan dekat kantin. Yang manja tu, hmm faham-faham lah kenapa menangis sebab tak dapat makan waktu rehat ya.

Apa pon cabaran yang mereka hadapi, ingat kata pepatah melayu ni, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Tapikan anda agak-agak, boleh ke anak-anak anda survive?

Nak pastikan mereka kekal fokus dan aktif di sekolah senang jer. Pastikan mereka dapat nutrisi yang mencukupi untuk mulakan hari yang bertenaga. Nak lebih lengkap, bagi mereka minum MILO®. Gabungan semula jadi malt, susu, dan koko dalam MILO® boleh memberikan tenaga kepada anak anda. Sedap pon sedap. Entah-entah mak bapak pon rembat MILO® sekali … hehehe.

Leave a Reply