Pemegang Watak Tinky Winky ‘Teletubbies’ Meninggal Dunia

Pelakon yang memegang watak Tinky Winky dalam kartun bersiri kanak-kanak terkemuka Teletubbies, Simon Shelton Barnes, meninggal dunia pada usia 52 tahun Jumaat lalu.

Namun, berita pemergian bintang berkenaan baru dimaklumkan semalam susulan tularnya ucapan takziah buatnya di media sosial termasuk Twitter dan juga Instagram.

Image result for simon shelton

Barnes yang dilapor meninggal dunia empat hari selepas ulang tahun kelahirannya bagaimanapun belum dapat dipastikan punca kematiannya.

Barnes telah melakonkan watak Tinky Winky untuk 14 episod dari tahun 1998 sehingga 2001, setelah kru produksi Teletubbies memecat pelakon sebenar yang melakonkan watak comel berwarna ungu itu, Dave Thompson, pada 1997.

Menerusi siri Teletubbies, Barnes yang merupakan bapa kepada tiga anak memegang watak yang cukup dikenali sering membawa beg tangan.

Berdasarkan laporan The Guardian, Barnes yang menetap di Ampthill, Bedfordshire sebelum ini adalah seorang pakar penari balet juga koreografer sebelum akhirnya mengambil peranan sebagai Tinky Winky.

Image result for simon shelton

Selain Tinky Winky, watak lain dalam siri Teletubbies adalah Po, Dipsy dan Laa Laa.

 

Leave a Reply