Kenali Dua Atlet Kacak Yang Wakili Malaysia Ke Sukan Olimpik

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, satu temasya yang terkenal di seluruh dunia iaitu Sukan Olimpik Musim Sejuk akan berlangsung.

Sukan yang diadakan empat tahun sekali ini dimulakan semenjak tahun 1924. Pada tahun ini,iIa akan berlangsung pada 9 Februari hingga 25 Februari 2018 bertempat di Pyeongchang, Korea Selatan.

Lebih menarik lagi, Malaysia akan menghantar beberapa atlet ke negara berkenaan untuk mewakili tanah air termasuklah dua lelaki kacak yang kini sedang hangat diperkatakan.

Dua orang atlet negara yang akan mewakili negara kita pada bulan depan itu nanti ialah Julian Yee dan Jeffrey Webb.

Julian Yee merupakan seorang atlet figure skating Malaysia yang telah memenangi pelbagai pertandingan sukan berkenaan dalam dan juga luar negara. Pemuda yang berasal dari Petaling Jaya ini memaklumkan dia mendapat pendedahan awal skating ketika di Sunway Pyramid Ice Rink dan mendapat latihan figure skating di Ontorio, Kanada bagi mengasah bakatnya.

Selepas meraih tempat keenam dalam kejohanan CS Nebelhorn Trophy yang berlangsung di Jerman pada September 2017 yang lalu, Julian layak beraksi di Sukan Olimpik Pyeongchang pada Februari nanti.

Seorang lagi atlet yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk nanti adalah Jeffrey Web yang berusia 18 tahun. Dia akan mewakili Malaysia dalam acara slalom iaitu perlumbaan ski di gelanggang yang berliku-liku.

Leave a Reply