Gary buka mulut sebab tinggalkan Running Man, sorok isteri dan anaknya

Peminat Running Man sememangnya merasai kehilangan Kang Gary apabila dia membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan tersebut. Pelbagai spekulasi dibuat peminat, ada yang mengatakan dia putus cinta dengan Song Ji Hyo dan bermacam-macam lagi.

Peminat terus kecoh dengan berita Gary berkahwin dan kini dia sudah dikurniakan seorang cahaya mata namun dia masih menyimpan rahsia.

Related image

 

Menurut Gary dia tidak mahu mendedahkan anak dan isterinya kepada umum kerana tidak mahu mereka dikecam netizen. Temubual bersama media Sports Chosun baru-baru ini, mendedahkan beberapa rahsia yang selama ini disimpan Gary.

“Secara jujurnya sebab utama saya meninggalkan Running Man pada 2016 adalah untuk memberikan focus sepenuhnya kepada bidang muzik dan fokus kepada keluarga. Langsung tidak terlintas difikiran yang ia akan memberi kesan kepada program tersebut. Bagi saya karakter yang saya bawakan dalam Running Man semakin pudar dan kurang menyerlah berbanding ahli lain. Ketika itu, banyak dorongan daripada ahli lain kerana kami seperti keluarga namun keputusan telah dibuat dna kini mereka sudah pun mempunyai ahli baru dan saya juga bergembira dengan berita tersebut.

 

“Jika bercerita tentang keluarga. Sebolehnya saya tidak mahu mendedahkan mereka kepada umum. Saya tidak mahu mereka terkena tempias kutukan  netizen tentang tindakan saya. Saya tidak mengadakan majlis meriah atau mewah untuk perkahwinan saya. Bagi saya perkahwinan hanyalah melibatkan dua insan dan biarlah hanya saya dan isteri sahaja di dalam majlis tersebut. Kami hanya mendaftarkan perkahwinan dan tiada majlis. Gambar perkahwinan pun hanyalah selfie bersama sewaktu bulan madu kami. Sudah tentulah, jika isteri mahukan majlis yang sempurna saya akan tunaikan, namun saya bersyukur kerana isteri juga mempunyai pendapat yang sama. Kami tidak suka akan adat perkahwinan yang kena bertukar hadiah dan kemudian sesi bergambar sehingga momen kami bersama terganggu dengan semua acara itu.”

 

Jadi, jelaslah di sini. Bukan kerana putus cinta atau mahu lari dari peminat. Gary mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mendedahkan keluarga kepada umum dan meninggalkan Running Man. Apa pun, sama-sama kita nantikan mungkin akan ada lagu baru daripada Gary tidak lama lagi kan.

 

 

 

 

Sumber: Allkpop

Leave a Reply