Ayda Jebat Jawab Isu Gambar Pertunangan Tular

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, mengaku dihujani panggilan telefon serta pesanan ringkas dalam laman sosial gara-gara gambar majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya, minggu lalu.

Ayda berkata, ramai menyangka dirinya melangsungkan pertunangan secara mengejut, selain berahsia mengenai majlis bersejarah itu. Malah, sebahagiannya beranggapan dia bernikah senyap-senyap.

Saya masih solo dan belum dimiliki sesiapa

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Pencuri Hati itu, majlis berkenaan ialah acara pertunangan adik perempuannya, Sabira.

Tambah anak kelahiran Merlimau, Melaka itu, bukan setakat diri, bahkan ibunya turut menjadi tumpuan dan dihubungi banyak pihak bertanyakan perkara berkenaan.

Menyentuh pertunangan Sabira, Ayda tumpang gembira dengan jodoh yang lebih dulu menyapa adiknya. Dia turut percaya, semua orang sudah ditentukan jodoh masing-masing.

“Sebagai kakak, pastinya saya tumpang gembira dan mahu melihat adik saya bahagia bersama orang tersayang.

Giliran saya nanti dulu, sampai masa pasti akan tiba juga

Dalam perkembangan lain, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini dikatakan bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Sumber dari: Berita Harian

Leave a Reply